Monday, April 25, 2011

CINTA PADA YANG SELAYAKNYA

satu ari mase aku otw gi atm...
aku ade nampak satu artikel yg sgt menarik..
jadi...aku berminat tuk share reramai...
moga ia bermanfaat...



" demi Allah, yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidak dianggap beriman seseorang daripada kamu sehingga akulah yang menjadi lebih dicintai olehnya lebih dari dirinya sendiri dan lebih daripada cintanya kepada ayahnya, anak-anaknya dan orang-orang seliruhnya"
( HR bukhari)


cinta adalah irama kehalusan.cinta bagi jiwa bagaikan makanan untuk badan. bila tidak makan ,saudara pasti dalam bahaya.jika terlalu byk, makanan akan membunuhmu.sesungguhnya dalam cinta itu ada nikmat dan sekaligus sengsara kerana itu tiada hidup yang baik tanpanya. hidup bersama yang dicintai membuat saudara lebih baik..dengan ati yang bersih , akan meningkatkan kemuliaan cinta saudara. cintailah dengan hati yang iffah ( kesucian dan pemeliharaan ), maka  saudara akan memperoleh kelazatannya..



cinta itu mempunyai dua faktor yang mendorongnya. iaitu keagungan dan keindahan.Allah amatlah sempurna mengenai perkara ini..sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan..bahkan segala keindahan di muka bumi ni adalah miliknya.

" orang yang beriman itu sangat mencintai Allah"
( al baqarah:165)



persahabatan yang istimewa berasal dari kecintaan.setiap pasangan yang bersama juga diijabkabulkan atas dasar cinta.tidak akan wujud persahabatan dan perkahwinan kecuali dengan cinta.sebaliknya permusuhan berasal daripada sifar benci.oleh itu, kita haruslah bersahabat dan bersama hanya kerana kita cinta mereka kerana Allah. Allah menjadi penolong yang membantu kerana kecintaan-Nya.Allah akn mencintai hamba-Nya sesuai dengan kecintaan hamba terhadap-Nya..



kita tidak boleh menyamakan cinta kepada Allah dgn cinta kpd perkara atau makhluk lain..Allah amat mencela orang yang bersifat begini.ada cinta yang tidak tercela..bahkan paling dipuji diantara berbagai macam cinta.cinta ini ialah cinta kepada Rasulullah s.a.w yakni cinta khusus yang menyibukkan hati, fikiran, dan ingatan orang yang mencintai hanya kepada orang yang dicintai..



cinta yang halus dpt menenangkan jiwa, meringankan beban kewajipan, membuat yang penakut menjadi berani dan meluruskan hidup. cinta inilah yang menyinari wajah , melegakan dada, menghidupkan jantung dan memegang kalam Allah.maka sesungguhnya tanda2 daripada cinta kepada Allah, dan jika kita ingin mengetahui apa yang ada pada diri saudara dan orang lain..lihatlah kecintaan saudara pada Al-quran

" cinta pada bunga akan layu...cinta pada manusia akan pergi...cintakan Allah kekal abadi.."


~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

0 luahan:

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH