Thursday, June 27, 2013

Hey Dai'e Mari Dengar Sini!

 
Hey dai'e!
Kau kata kau nak buat dakwah,
Tapi qudwah kau bersepah,
Buka MukaBuku sumpah seranah,
Hobi kau mencerca meludah,
Semua orang ada salah,
Kau sahaja yang mulia karamah!
Hey kamon lah!
Macam mana orang nak tsiqah,
Nampak Islam itu indah?

Hey dai'e!
Konon kau nak cegah maksiat,
Pompam pompam kau sebat,
Tapi dalam diam kau cukup haibat,
Depan-depan kalah ustat,
Belakang-belakang kau kaki rembat,
Dosa dan noda tiada beringat!
Apa kau ingat,
Dakwah kau tu berkat,
Kalau tercalit dengan maksiat?

Hey dai'e!
Bukan main suruh tinggal jahiliyyah,
Siap bagi ceramah dalam daurah,
Tazkirah lebat dalam usrah,
Tapi kau sendiri punyalah payah,
Mata melilau usha akhawat berpurdah,
DOTA dan PES setia diterjah!
Hoi kau tak takutkah?
Dalam surah as-Saff Allah dah marah,
Cakap lebih buatnya tak kisah?!

Hey dai'e!
Kau selalu komplen tak cukup ilmu,
Jadi alasan tak mahu laju,
Walhal punyalah berlambak buku,
Bahan fikrah berlaut biru,
Tapi yang kau baca komik selalu, 
Majlis ilmu kau malas nak tuju!
Oii kalaulah macam tu,
Bila orang bertanya nak tahu,
Kau hanya mahu diam membisu?

Hey dai'e! 
Punyalah ramai di luar sana,
Manusia masih terpinga-pinga,
Mencari bimbingan ingatan berguna,
Sesat barat tak tahu ke mana,
Tapi kau masih gemok berdosa,
Malas bergerak alasan belaka!
Wahai pembawa risalah agama,
Di Mahsyar nanti akan dibicara,
Mana kau mahu sorok muka?

Hey dai'e!
Kononnya nak berukhuwwah fillah,
Makan dulang tak mahu kalah,
Laga pipi melekat memerah,
Tapi bila ukhuwwah ada masalah,
Muka masam sebulan tak sudah,
Sampai dakwah jatuh rebah!
Ohoi kalau macam inilah,
Lebih baik toksah berukhuwwah,
Siram bunga duduk di rumah!

Hey dai'e!
PRU13 habislah sudah,
Cukuplah menangis meroyan gundah,
Mungkin nasib bukan ini kalilah,
Tapi lain kalilah InshaAllah,
Tiba masa untuk berpenat lelah,
Membina manusia pewaris dakwah!
Siapa kata kerja mudah,
Jangan nak harap blackout merubah,
Tiba-tiba mad'u bertambah!

Hey dai'e!
Memang benarlah kita ini manusia,
Banyak kelemahan dan buat dosa,
Tapi adakah kita bersungguh dan berusaha,
Memperbaiki diri membersihkan jiwa?
Atau sekadar buat biskut sahaja,
Pada teguran dan kritikan membina?
Dan apa jawapan kita?
"Oh saya hanya manusia biasa."
Pfffttt itu sungguh neraka!

Hey dai'e!
Ini peringatan untuk diri,

Pukulan padu tepat di hati,
Agar diri tak syok sendiri,
Dakwah bukan nak jadi selebriti,
Tapi nak kejar redha Ilahi,
Mahu masuk sorga abadi!
Wahai ikhwati wa akhawati,
Kemenangan itu sedia dan pasti,
Buat mereka yang sabar menanti!

Senyum nampak gigi.

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

0 luahan:

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH