Tuesday, November 12, 2013

Hati

Assalamualaikum sahabat suma.. pa khabar? poyoss sebentar.. Alhamdulillah diberi kesempatan tuk menulis entri ini..actually da lama x berblogging..almaklumla..buzy byk sgt (alasan je hehe ) ... aku da terbaca sal satu artikel ni dn rasa mcm nk olah ckit... tajuk dia Soal Hati.. kalo ckp sal hati ni..aiseh besok lusa pown belom habis..aku x tuju kat sapa2..tp kat diri sendiri.. if ada yg baca terkesan alhamdulillah..itu tanda Allah masih sayang ...

Dari dulu (zaman skola) sampai sekarang membe sudi jadikan diri ini tempat luahan untuk berbicara tentang soal perasaan dari hati ke hati. (eheh).. Dan dari situ diri memahami isu cinta ini evergreen. Sungguh aku x pernah bosan. Malah bukan hak aku untuk mendengar acuh tidak acuh setiap perkongsian daripada membe. Raikan ceritanya. Walaupun melihat kepada kisah hidup aku, aku bukanlah seorang yang layak untuk berbicara tentang cinta(hoho).... Kerana aku masih belum cukup makan garam!



Ada kisah tersepit kerana cinta.
Ada kisah keinginan mahu berubah terkadang terasa payah kerana cinta dulu datang mengundang.
Ada kisah tangis disebabkan cinta. 
Ada kisah yang keliru dalam mengejar cinta. 
Apa yang mampu aku lakukan hanyalah terus mendengar dengan hati terbuka. Don’t ever easily judge them but help them till the end.

Terkadang ada membe yang tanya diri ini supaya menceritakan soal hati ..(krikkrikkrik)...
Bukan aku x mahu share tapi  xda pa yang menarik tentang cinta untuk dishare..
Rasa suka itu mmg la ada tanda kenormalan hormon tetapi sekejap sahaja... Sukar jatuh cinta. Jadi, xda la cerita. Mungkin kerana masih buzy admire watak  ‘Uchiha Sasuke’ dan melangut kepala menonton ‘Runningman’? (pfttttt. He he.)

ni sebagahagian artikel yg aku baca tu...

Prinsip. Tidak ada yang boleh mengambil tempat ‘dia-yang-entah-di-mana’ selagi belum ada ikatan sah. Prinsip. Tidak mahu dimabukkan dengan khayalan cinta yang tidak pasti. Prinsip. Jangan biarkan cinta yang tidak diundang meruntuhkan pendirian seorang muslimah dalam diri. Prinsip. Hidup ini bukan sekadar untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia. Prinsip. Katanya seorang da’ie, kau harus kuat untuk mendidik ummah jadi jangan mudah lemah kerana cinta!

Mungkin kerana prinsip ini yang membuatkan diri tetap pada pegangan. Anda juga begitu, bukan? Maka pegang ia kemas-kemas. Aku mahu dia yang ikhlas dalam cinta terhadap agama jadi aku juga berkeras mendidik jiwa meletakkan Dia yang pertama di dalam hati. Walaupun aku tahu masih belum berjaya (even slowly but i know i'm heading toward HIM). Payah. Terlalu kerana cinta dunia itu bersifat mengasak. Namun, pasti terus usaha! Bukan mudah untuk menjadi muslimah yang kental melawan arus cinta zaman kini. So, just take the challenge!

Lelaki pada aku begini. Yang lebih tua bagaikan seorang abang untuk dihormati. Yang lebih muda dianggap bagai adik sendiri untuk dikasihi. Yang sebaya sebagai sahabat seperjuangan. Ada yang lebih mengambil pendekatan untuk lebih menjaga. Tua atau muda sama sahaja. Raikan pendiriannya. Kerana kita masing-masing membesar dalam suasana persekitaran yang berlainan. Yang penting, syariat dan batas itu mesti tetap terjaga.

Apabila begitu, aku mengajar diri untuk tidak mudah membenarkan sesiapa menyentuh hati aku. Sering aku ulang supaya jangan terlalu mudah perasan dan cepat melatah. Tidak bermakna lelaki yang menegur kita punya perasaan. Ada segelintir yang punya semangat setiakawan yang tinggi. Raikan mereka. Kerana mereka juga manusia seperti kita. Rai sekadarnya yang perlu. Namun, mana yang berkehendak lebih, nantikan ‘sepakan penalti’.dushhhhh

so, kita kena slalu ingatkan hati kita ni.. tiap-tiap masa ingatkan hati kita ni pasal Allah (walaupown aku taw sometimes aku lupa) sebab nanti bila satu masa nanti kita lupa sal Allah..Hati kita ni yg ingatkan kita semula...
Jadi, sebelum nk berangan kawen muda..INGAT!! masih ada harapan ibu abah kat bahu ni...masih ada tanggungjawab terhadap ibu abah adik-adik lg..jgn nk lupa..

Sebelum aku kahwin, aku mahu bahagiakan ibu bapa aku dahulu
Sebelum aku kahwin, aku mahu benar-benar merasai cinta Ilahi.
Sebelum aku kahwin, aku mahu mengutip pengalaman selama mana hidup sendiri.
Sebelum aku kahwin, aku mahu persiapkan hati untuk menghadapi cabaran mendatang.

Sebelum aku kahwin…ah, entahkan sempat atau tidak!
Yang pasti, akan kahwin atau tidak, ajal pasti akan datang.
Sebelum kematian datang menjemput, tidak dapat tidak diri mesti sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Seharusnya ditukar ‘Sebelum aku pergi…’, kemudian baru menyedari begitu banyak perkara yang masih perlu dilakukan selain hanya berfikir ‘Sebelum aku kahwin’!

Menjalani kehidupan mencari sebenar-benar hakikat cinta.

Kesimpulan.

Ini kesimpulan yang panjang. Apa yang mahu disampaikan kali ini.
Cinta manusia. Salahkah?

Tidak salah tetapi jangan sampai diri lemah kerananya. Apabila kau menyedari diri merupakan seorang pejuang maka itulah fokus kehidupanmu. Ya, melalui cinta juga diri bisa berdakwah. Berdakwahlah sekalipun dengan isu cinta manusia yang kerap kali terulang. Namun ingat, hati juga perlu pengisian yang lebih daripada sekadar cinta itu. Perluaskan skop pandangan melihat perkataan ‘cinta’. Hebat andai pada tiap lintasan di minda, anda sentiasa mentafsir perkataan ‘cinta’ itu adalah cinta kepada Allah. Nah, begitu yang kita mahu. 

Tidak salah. Kerana itu adanya perkahwinan untuk merai fitrah manusiawi. Tidak salah mahu berbicara soal kahwin dan merancangnya mengikut syariat kerana itu juga yang dianjurkan Rasulullah. Namun lebihkan pada perancangan dan pengurusan diri. Tidak usah melihat jauh, lihatlah terlebih dahulu pada solat lima waktu sehari semalam. Apakah berusaha didirikan pada awal waktu? (emm sometimes terbabas menghampiri waktu..sobsobsob T__T )

Tidak salah tetapi usah kau keliru memandang cinta. Cinta yang tidak syar’ie tiada sebab untuk kau cemburui.Bersabarlah. Jodohmu pasti tiba andai takdir ada di dunia. Jangan mengambil jalan mudah dengan menjalin hubungan cinta yang membelakangiNya. Itu cinta nafsu! Tiada keberkatannya andai lorong itu yang diambil. Maka, waspadalah. Kerana syaitan itu bijak menghias perkara maksiat pada penglihatan sebagai suatu khayalan indah.

Tidak salah tetapi berjaga moga tidak cenderung ke arah cinta manusia yang tidak halal. Rentetan itu hati menjadi sedih tatkala cinta tidak seperti yg diidam. Tidak salah mula mencari andai diri itu sudah diketahui bersedia memasuki fasa baru. Namun berpadalah. Jangan sehingga pencarian menjadi racun kepada ibadah.

Tidak salah. Tetapi ketahuilah, mereka yang mendekati cinta manusia hanya akan memikirkan manusia. Kata novelis terkenal, Ustazah Fatimah Syarha, mereka yang menginginkan perkahwinan sebagai jalan tutup daripada terjebak ke dalam maksiat zina sebenarnya mendedahkan bahawa kehidupan dirinya dekat kepada jalan-jalan zina seperti SMS, calling, dating dan lain-lain. Begitu juga, apabila mereka yang benar-benar menginginkan cinta Allah pastinya melazimi diri dengan perkara yang membawa kepada kebaikan dan mengisi fikiran dengan perkara yang memberi nafas segar terhadap iman.




Jernihkan hati mencari diri.
Kita hanya hamba yang melalui tempat persinggahan sebelum kembali kepadaNya.
Dunia itu penuh tipu daya maka persiapkan diri menghadapiNya.
Cinta itu bukan noda tetapi kitalah yang sering mewarna hitamkan kanvas cinta sendiri.

Peringatan sepenuhnya buat diri.
Kerana aku juga seorang remaja.
Kerana aku juga seorang manusia yang keliru.
Menyedari itu mesti berpegang erat pada prinsip agama.
Sebelum ditarik cinta bercelaru bernafsu.

jangan kerana kapel trend masa kini, takot dikatakan ketinggalan zaman kita pown join skali..
Tak semua benda yang Barat perkenalkan tu moden dan bertamadun. Kebanyakkannya, membawa kita balik ke zaman Jahiliyyah. Don't you realise?

Ingat, hati itu juga harus kita bina sekental kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan agama yang tetap sahaja tersenyum walau dilumuri darah.


~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Thursday, June 27, 2013

Hey Dai'e Mari Dengar Sini!

 
Hey dai'e!
Kau kata kau nak buat dakwah,
Tapi qudwah kau bersepah,
Buka MukaBuku sumpah seranah,
Hobi kau mencerca meludah,
Semua orang ada salah,
Kau sahaja yang mulia karamah!
Hey kamon lah!
Macam mana orang nak tsiqah,
Nampak Islam itu indah?

Hey dai'e!
Konon kau nak cegah maksiat,
Pompam pompam kau sebat,
Tapi dalam diam kau cukup haibat,
Depan-depan kalah ustat,
Belakang-belakang kau kaki rembat,
Dosa dan noda tiada beringat!
Apa kau ingat,
Dakwah kau tu berkat,
Kalau tercalit dengan maksiat?

Hey dai'e!
Bukan main suruh tinggal jahiliyyah,
Siap bagi ceramah dalam daurah,
Tazkirah lebat dalam usrah,
Tapi kau sendiri punyalah payah,
Mata melilau usha akhawat berpurdah,
DOTA dan PES setia diterjah!
Hoi kau tak takutkah?
Dalam surah as-Saff Allah dah marah,
Cakap lebih buatnya tak kisah?!

Hey dai'e!
Kau selalu komplen tak cukup ilmu,
Jadi alasan tak mahu laju,
Walhal punyalah berlambak buku,
Bahan fikrah berlaut biru,
Tapi yang kau baca komik selalu, 
Majlis ilmu kau malas nak tuju!
Oii kalaulah macam tu,
Bila orang bertanya nak tahu,
Kau hanya mahu diam membisu?

Hey dai'e! 
Punyalah ramai di luar sana,
Manusia masih terpinga-pinga,
Mencari bimbingan ingatan berguna,
Sesat barat tak tahu ke mana,
Tapi kau masih gemok berdosa,
Malas bergerak alasan belaka!
Wahai pembawa risalah agama,
Di Mahsyar nanti akan dibicara,
Mana kau mahu sorok muka?

Hey dai'e!
Kononnya nak berukhuwwah fillah,
Makan dulang tak mahu kalah,
Laga pipi melekat memerah,
Tapi bila ukhuwwah ada masalah,
Muka masam sebulan tak sudah,
Sampai dakwah jatuh rebah!
Ohoi kalau macam inilah,
Lebih baik toksah berukhuwwah,
Siram bunga duduk di rumah!

Hey dai'e!
PRU13 habislah sudah,
Cukuplah menangis meroyan gundah,
Mungkin nasib bukan ini kalilah,
Tapi lain kalilah InshaAllah,
Tiba masa untuk berpenat lelah,
Membina manusia pewaris dakwah!
Siapa kata kerja mudah,
Jangan nak harap blackout merubah,
Tiba-tiba mad'u bertambah!

Hey dai'e!
Memang benarlah kita ini manusia,
Banyak kelemahan dan buat dosa,
Tapi adakah kita bersungguh dan berusaha,
Memperbaiki diri membersihkan jiwa?
Atau sekadar buat biskut sahaja,
Pada teguran dan kritikan membina?
Dan apa jawapan kita?
"Oh saya hanya manusia biasa."
Pfffttt itu sungguh neraka!

Hey dai'e!
Ini peringatan untuk diri,

Pukulan padu tepat di hati,
Agar diri tak syok sendiri,
Dakwah bukan nak jadi selebriti,
Tapi nak kejar redha Ilahi,
Mahu masuk sorga abadi!
Wahai ikhwati wa akhawati,
Kemenangan itu sedia dan pasti,
Buat mereka yang sabar menanti!

Senyum nampak gigi.

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

A.B.AH

Hari ini episod seorang manusia

berkelana lagi muka bumi Allah

berteman cahaya

terang di dada

maka, siapakah engkau jika engkau tidak taat pada Tuhan?

Dia yang menciptakan

Dia yang mencintai

Dia yang pemberi cinta

Allah menciptakan dua jasad

Kita lahir daripada mereka


Saat pertama membuka mata

Laungan kalimat Tuhan membisik

Dialah abah


Saat pertama masuk sekolah

Abah tunggu tepi tingkap

Aku ingat

Aku melambai padanya

Aku puas bersekolah

Dapat kawan baru

Hari kedua sekolah

Abah tiada

Abah yakin aku boleh melangkah sendiri


Saat pertama aku nak masuk MRSM

Abah bawa aku berjalan-jalan

Di situ abah ajar berdikari

Buat kad bank sendiri

Keluar masuk duit sendiri

Membeli sesuatu sendiri

Tak tahu, tanya orang yang tak dikenali

Oh, abah tahu anaknya jarang keluar rumah

Hari itu abah ajar segalanya

Kerana abah tahu aku mampu

Mampu untuk berdiri atas kaki sendiri


Hari ini abah sering tanya khabar

Sihatku, makanku

Mungkin dia lupa

Anaknya dah besar

Tapi dialah abah

Abah selamanya

dan aku anaknya selamanya

Sampai syurga

*sebak pula tulis. K bai!

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Saturday, June 1, 2013

bantulah aku Ya Allah

siapa kata hidup ni indah? seronok ??
aku penat.. ye aku penat.. sangat penat dgn hidup ini..
kadang-kadang aku rase give up... 
kadang - kadang aku rase x gune hidup ...
 kalo mati tu senang ,  kalo mati boley selesaikan semuanya, mungkin tu pown jd pilihan..
Ye.. aku lemah.. sgt lemah...baru aku phm kenapa org bukan islam selesaikan problem depa ngan suicide..
tapi aku islam.. aku dikurniakan iman , akal , dan yg paling penting sekali aku ade Allah yang Maha Besar.. masalah aku ni just mcm setitik air kat lautan je...




Aku tak boleh hidup macam niiii ......

Memang tak boleh ! 

Selagi aku tak bergantung pada  yang TAK MATI !

Setiap yang berlaku ade hikmahnye... 
setiap masalah ade penyelesaiannya.. 
cume lambat atau cepat je...
kalo kite serahkan sumenye pd Allah.. Allah akan tolong...Allah x kan kecewakan aku ..
yupp.. kite patot bergantung pada Allah.. berharap pada die..


if kite bergantung pada manusia , sejauh mana mereka mampu memberi harapan??
sejauh mane mereka dapat melakar impian??
sejauh mane mereka akan teman kite lalu liku-liku hidup ni??




Ya ALLAH..

maniskan hatiku dengan iman..
cukupkan aku dengan bekalan sabar untuk meredah lautan hidup penuh dugaan..

Ya ALLAH..

teguhkanlah hatiku untuk terus melangkah dalam hidup ini..
yang kurasakan saban hari memeritkan..
kerana sabda Rasulullah s.a.w Dunia Ladang Akhirat.

Ya ALLAH..

andai aku belum layak ..maka layakkanlah aku..
dengan bekalan iman dan takwa itu..
yang kuyakini hanya itu..yang dapat menyelamatkanku..
dari berputus asa dari rahmatmu..
Aku ingin bahagia dalam dakapan kasihmu.


Ya Tuhan.. 
Bila aku penat untuk berlari..
Tetapkan langkahku..
Agar aku terus kuat untuk berjalan..

Ya Tuhan.. 
Bilamana lelahku mengamit diriku..
Janganlah engkau hentikan perjalananku..
Tetapkan langkahku..
Walau merangkak sekalipun.. 

Ya Rahman
Ajarilah Aku bagaimana 
Bersabar Dalam setiap Ujian..
Diam ketika Emosi melanda..
Jadikanlah Aku Hambamu yang selembut Abu Bakar As-siddiQ..
Sebijaksana Umar Bin Al-Kattab..
Sepintar Ali Bin Abi Talib..
Setegar Khalid BIn Al Walid..


Ya Rahim 


Jika Hari ini Ada Kerapuhan Dijiwaku maka tegarkanlah dan kuatkanlah aku..

Jika Hari ini aku terasa seperti hendak berputus asa..
bangkitkanlah jiwaku kembali melangkah dan jauhkanlah ia daripadaku..

Jika Hari ini ada kesulitan yang aku hadapai, permudahkanlah ia untukku..
Jika hari ini ada kesedihan buatku, gantikanlah dengan senyuman..
jika hari ini ada Keraguan dihatiku..yakinkanlah hatiku agar tidak mersa ragu..


Ya Rabb..tetapkanlah dan sabarkanlah hatiku 
kuatkanlah langkahku ini..agar aku tetap sabar dan kuat dalam menempuhi ujianmu..
Bimbinglah aku..kerana sesungguhnya aku teramat sekali mendambakan keredhaanmu..

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Monday, March 11, 2013

Inilah Cinta Dalam Islam..



Cinta ISLAM 
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.
Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan 
sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.


Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”
 Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Israa’: 32)



Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)

ya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.

Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)


Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan. 
 
 

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Thursday, February 21, 2013

warkah cinta



Untuk diriku pula,
mungkin ada hikmah kenapa aku masih solo sehingga sekarang 
Aku jadikan puisi dibawah ini (from iluvislam) sebagai perangsang untuk diri aku yang masih solo ini :

Ya Allah, 
Andai masanya belum tiba, 
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, 
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, 
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, 
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri. 



Ya Allah, 
Jika aku jatuh cinta, 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, 
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 



Ya Allah, 
Dan jika dia mencintai aku, 
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, 
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, 
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga



Ya Allah, 
Jika ini bukan masanya, 
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, 
Selamatkan kami, 
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami, 
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 



Ya Allah, 
Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku, 
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, 
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, 
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, 
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, 
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 
Amiin.. 



*Untuk para wanita yang masih single diluar sana ,
tidak perlulah rendahkan maruah anda semata–mata untuk menarik perhatian lelaki 
kerana ada seorang insan yang sangat istimewa untuk anda yang dijanjikan Allah. 
Allah menjaga kita dengan membuatkan kita tidak berapa jadi perhatian lelaki 
kerana 
Dia tak nak kita ternoda 
jadi teruskan lah menjaga maruah diri kerana maruah diri kita itu sangat mahal harganya.
In Sha Allah, ada kebahagiaan buat kita 


~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Aku dan murabbiyahku.

Aku dan murabbiyahku.



Kini, sudah lama tidak bersua. Duduk-duduk bersamanya, beriman sejenak. 
Dia membacakan peringatan-peringatan kepada mutarabbinya dengan penuh sentuhan. 
Sentuhan yang mengisi kekosongan jiwa.

Aku dapat menyimpulkannya, mungkin inilah ketika cinta berusrah.

Ketika berusrah, bertemu, bersua, saling berkomunikasi jiwa dan raga, dan saling bertukar-tukar pendapat. Namun, kini aku lebih meyakini, ikatan cinta usrah itu bukan sekadar terjalin ketika usrah sahaja.

Malah, luar dari usrah, aku turut mengingati dia. 
Aku ingat segala pesanannya. 
Aku ingat segala amanatnya. 
Aku ingat rupa parasnya yang sungguh lembut memujuk kami untuk berjuang di jalan-Nya.
Aku ingat sentuhan tangannya yang bukan sekadar membelai tangan, malah turut membelai sanubari.

Jika ditanya kepadaku, sejauh mana pentingnya murabbiyah kepadaku,

Jawabku mudah,

” Penting sehingga aku dapat  genggam kemenangan agung  satu hari nanti.”

Pentingnya murabbiyah kepadaku kerana dia yang banyak memanduku.
Pentingnya murabbiyah kepadaku kerana dia yang memberi sepenuh perhatian kepada pembinaan tarbiyyahku.

Jika ditanya kepadaku, ” Apakah engkau akan melawannya satu hari nanti ? “

Jawabku, ” Ya, sekiranya apa yang diajar kepadaku berlawanan dengan agama.”

Aku perlu taat kepada murabbiyahku.
Tetapi taat aku itu juga ku dahului dengan akal fikiran.
Akan aku tanya apa yang aku tidak tahu.

Kerana aku tahu,
Aku dan murabbiyahku,
Kami berdua adalah manusia,
Sama-sama lemah, sama-sama tidak pernah suci dari dosa,
Maka, tidak perlulah aku terlalu memandang pelik dan sinis,
Bila aku sendiri atau dia melakukan kesalahan,
Malah, teruskan saling mengingati.

Murabbiyahku bukan malaikat,
Tetapi mungkin lebih jadi pembinaan dirinya lebih sempurna,
Mungkin pengalamannya lebih banyak dari diriku,
Jadi, tiadalah salahnya andai aku hormati dia sebagai guruku,
Guruku dalam tarbiyyah.

Murabbiyahku bukan rakanku,
Murabbiyahku bukan kakakku,
Murabbiyahku bukan  ibuku,
Tetapi dia kesemuanya bagi aku.
Meskipun bukan dia menemani aku selalu,
Sebagaimana rakan-rakan yang selalu mendampingiku,
Aku tahu, doa darinya selalu mengiringi,
Meskipun dia tidak mempunyai pertalian darah yang kukuh,
Sebagaimana aku dan adik-beradikku,
Namun, ada satu ikatan yang lebih kukuh mengikat antara aku dan dia,
Ikatan aqidah yang tersimpul di bawah kalimah yang satu,
Dan ternyata, bukan dia yang melahirkanku sebagaimana ibuku,
Tetapi dialah yang melahirkan diriku yang baru,
Diri yang seolah mula suci dari kegelapan,
Diri yang seolah baru terpalit kesedaran.

Kau murabbiyahku,
Terima kasih kerana menyantuni diriku,
Terima kasih kerana bersabar mentarbiyyahku,
Terima kasih atas segala pengorbanan yang kau salurkan,
Andai aku terlupa untuk berterima kasih,
Maka, kau ingatkanlah aku,
Kerana aku tidak mahu menjadi bagai kacang lupakan kulit.

Andai aku masih leka,
Satu hari nanti,
Atas segala apa yang telah kau berikan,
Maka, kau tuntutlah,
Jika berat untuk tuntut di dunia,
Aku merelakan kau tuntut di akhirat kelak,
Biarkanlah aku menyesal kerana tidak mendengar katamu.

Kau murabiyyahku,
Aku tahu kita saling memerlukan,
Mana mungkin  ada aku tanpa kamu,
Aku sendiri akan tersesat tanpa bimbingan,
Malah bimbingan dari dusta yang aku terima,
Jujurnya, aku memang perlukanmu,
Sentiasa perlu,
Dan aku berharap saling perlunya antara kita,
Tidak akan terhenti,
Sampai bila-bila,
Meskipun diri kau bertukar ganti,
Kita dipisahkan oleh jarak yang berbatu-batu,
Aku tidak akan pernah lupa padamu.

Kau murabbiyahku,
Jujurlah padaku,
Andai terdapat apa yang mengecewakan dirimu,
Melihatkan diri aku yang masih tidak berubah,
Percakapanku yang membuat hatimu terguris,
Mungkin terkadang tanpa sedar,
Paling tidak ku mahu,
Aku melakukannya dalam keadaan sedar,
Kau papahlah aku kembali,
Meskipun satu hari nanti,
Aku sudah cedera parah,
Segalanya patah,
Sehingga tidak boleh dipapah,
Datanglah kepadaku untuk memapah aku kembali.

Kau murabbiyahku,
Tiada apa lagi yang mahu ku ucapkan,
Tteapi ternyata apa yang aku coretkan,
Bukan sekadar berbasa-basi,

Tenyata, sungguh,
Aku kagumi kau sebagai murabbiyahku,
Dengan harapan,
Aku juga berjaya menjadi sepertimu,
Dalam membina mutarabbiku.

Tabah sepertimu,
Rajin sepertimu,
Penuh dengan kasih-sayang sepertimu,
Ambil berat sepertimu,
Segalanya yang aku patut contohi,
Akan aku contohi.

Kau murabbiyahku,
Melihatkan dirimu,
Membuat diri ini banyak bermuhasabah,
Ada yang sanggup bersusah-payah kernaku,
Ada yang sanggup menjagaku,
Ada yang sanggup tersenyum manis padaku,

sekian, terima kasih murabbiyahku.



~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH