tgk tajuk entri...
setuju x ngan aku??
hehe..
kalo x setuju ade aku kesa...
( x ley bla betol la aku ni)
ok...
sebagai manusia kite dikurniakan macam-macam perasaan...
one of them is
" MARAH "
pernah rase x??
bohong giler kalo x penah rase...
x payah bg cth byk pown...
aku sendiri jenis yg cepat " HANGIN "...
tp dgn bangge nyer aku nk g taw...
ade membe aku cakap
" HANGIN AKU DA BERKURANG"
hehehe.....
alhamdulillah....
tp x bermakne boley cari pasal ngan aku suke2...
nak tgk...try ah!!
( warning tuh...hahahha)
aku nk kongsi serba sedikit
macam mane nk control perasaan kite....
hehe...
macam pro la plak...
kalo aku sebelum ni...
x dpt mara nangis je la yg aku taw...
ish..ish...
muke legend hati cute...
ok....first ...
FOKUS PADA MASALAH...BUKAN PERASAAN...
Ketika seseorang sering mencari kesalahan terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, kita mungkin marah dan mula memfokus kepada emosi tersebut. Jika kita tidak mengutamakan soal penyelesaian masalah tersebut, kemarahan hanya akan membawa kepada masalah lain iaitu kita mula mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut
JANGAN MUDAH WAT CONCLUSION...TRY TUK SIASAT DULU...
Ketika seseorang memiliki tanggapan terhadap terhadap seseorang terutamanya persepsi negatif, penilaian menjadi tidak rasional. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang tersebut akan dianggap negatif. Oleh itu, perlu siasat dan teliti sebaik mungkin.
BERSABAR
Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahaya kerana kesannya adalah situasi menjadi bertambah sukar. ok tuk yg ni....aku sendiri pernah alami...
haishhh...lepas tu aku sgt-sgt lah menyesal...
JANGAN TERLALU MENGHARAP
Kemarahan terjadi kerana kecewa akibat harapan yang tidak dipenuhi. Padahal ia merupakan sesuatu yang biasa kerana kita sering menetapkan standard yang terlalu tinggi...
pernah x korunk rase macam boley wat je soalan tu...tp byk kali wat..tetap x dpt wat...then jerit kat diri sendiri " BODOH"...
aku pernah oh wat camtu sebab terasa bengang ngan diri sendiri walaupown aku taw x elok...huhu
biar orang sekeliling ckp bodoh pada kita..tetapi jangan sesekali kita gelar diri kita bodoh...
JANGAN BWK MASOK PROBLEM LAEN
Banyak kemarahan terjadi kerana sebab-sebab lain yang langsung tidak ada kaitan. Ini disebabkan kita menyimpan sesuatu emosi terhadap seseorang.
ALIHKAN KEMARAHAN
Setiap daripada kita memiliki pola kemarahan yang pelbagai. Ada yang bertindak balas secara serta-merta dengan memaki hamun, menyergah atau berteriak, melempar barangan, menangis dan sebagainya. Sebenarnya pola tersebut boleh dialihkan kepada cara yang lebih terkawal dan tidak menimbulkan aib kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi.
TANYE DIRI SENDIRI
Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi. Misalnya dengan memikirkan 'kenapa saya perlu memikirkan masalah yang kecil ini hinggakan mengganggu ketenangan saya?' atau 'saya ada hal lain yang lebih penting untuk diurus'; atau 'sudahlah, perkara sudah berlaku.Kita perlu bersikap relaks dalam menghadapi masalah yang silih berganti dan memancing emosi
BELAJAR MENYATAKAN EMOSI
Kita sering berfikir masih ada hari esok. Kita selalu menangguh dan selalu berfikir bahawa orang akan tahu perasaan kita. Mungkin esok bukan milik kita. Jadi, janganlah menangguh untuk menyatakan emosi atau perasaan yang terpendam kepada seseorang yang kita kasihi. Mengapa kita tidak melakukannya sekarang juga?
WAT MENDE LAEN
kalo aku senang je...
- makan
Oleh kerana aku sendiri suka makan, jadi aku menggunakan cara ini untuk mengurangkan tahap kemarahan aku. Kadang-kadang, marah itu akan hilang terus bila aku nampak makanan kegemaran aku terhidang (lagi best kalau disuapkan ke mulut tapi itu terlalu mengada-mengada, jadi abaikan. Haha). Dengan cara ini kita boleh memindahkan unsur-unsur negatif yang ada dalam badan kita kepada makanan tersebut. Menu makanan? Terpulang kepada individu. Lagi banyak makanan, lagi best. Tips ini sesuai di praktikkan bagi sesiapa yang tidak mengamalkan diet yang ketat (seperti aku. Eh, aku lupa aku tidak diet langsung. Ops. Hehe)
- tidur
Tidur juga merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mehilangkan perasaan marah. Walaupun sekejap saja, dan perasaan marah tu akan datang semula bila kita bangun, tapi ia mampu meredakan hati kita yang sedang membara-bara macam bara api tu. Tak percaya? Anda cuba.
- borak-borak
Ye kawan-kawan, tidak di nafikan, seorang sahabat mampu untuk memberi kebahagiaan kepada sahabatnya yang lain. Macam mana caranya? Cuba bercerita tentang permasalahan anda yang menyebabkan timbul perasaan marah tu. Sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan serabut di kepala kerana ada rakan yang sudi mendengar. Kalau bernasib baik, rakan ni jugak boleh membantu dengan memberikan pendapat dan cara mengatasi masalah anda. Senang bukan? Oh tips kepada siapa yang menjadi rakan mendengar masalah ni, tolong dengar dengan ikhlas dan, jangan bagi lawak-lawak bodoh kalau anda tak mahu di tampar laju-laju. Silap haribulan, bukan saja masalah si rakan tu tak dapat diselesaikan, anda pulak free-free dapat penampar. Oh takut!
- kembali kepada yang maha satu
Banyakkan berdoa kepada Yang Esa. Ini adalah satu-satunya cara yang tidak perlu diragui kesahihannya. Pohon supaya diberikan ketenangan jiwa dan tahap kesabaran dalam diri yang tinggi. Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. InsyaALLAH hati akan kembali tenang semula.
p/s: berkesan ke x?? ntah la....kalo aku wat ok je...x salah mencuba!! hehehe =)
4 luahan:
haha..nice!
huhu..btol...xslah mencuba...
bintang plus2 untuk blog nie..
ain comel
hehehe...thanx alot guys
Post a Comment