Wednesday, February 15, 2012

JiKa Kau.....

jika kau bakal menjadi seorang doktor
maka rawatlah hati insan
yang kian terpesong jauh dari agama tercinta


jika kau bakal menjadi seorang arkitek
maka lakarlah sinar islam
yang mampu menyinari kehidupan setiap muslim



jika kau bakal menjadi seorang jurutera
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh 
antara umat islam itu



jika kau bakal menjadi seorang peguam
maka pertahankanlah islam 
di mata dunia



jika kau bakal menjadi seorang juruterbang
maka pandulah manusia untuk kembali
 ke jalan yang diredhai-Nya



jika kau bakal menjadi seorang polis
maka awasilah umat islam 
daripada terusmemungkiri Allah swt yang maha pencipta



jika kau bakal menjadi seorang pensyarah
maka didiklah anak bangsa
 untuk menjadi muslim yang berjaya



jika kau bakal menjadi akauntan
maka sedarkanlah manusia 
bahawa pahala Allah itu lebih mewah dari segala-galanya



jika kau bakal menjadi seorang guru
maka bentukkanlah acuan sempurna 
dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi golongan di atas....



~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH