Wednesday, November 30, 2011

♥ LA TAHZAN........ ♥

✿ღ  Jangan bersedih bila orang lain tidak MEMAHAMI dirimu. Tapi berdukalah kerana dikau tidak 
MEMAHAMI orang lain 


ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI dirimu. Tapi berdukalah kerana dikau tidak 
PERCAYA pada dirimu sendiri



ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpdmu. Tapi berdukalah kerana dikau
 masih belum membuat PERSIAPAN


ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang tidak MENGHARGAImu. Tapi berdukalah kerana dikau tidak
 MENGHARGAI orang lain 




ღ✿ღ Jangan bersedih bila orang lain MENGHINAmu. Tapi berdukalah kerana dikau MENGHINA dirimu
 sendiri



ღ✿ღ Jangan bersedih jika orang selalu MENGKRITIK dirimu. Tapi berdukalah kerana dikau tidak pernah
 mahu MEMPERBAIKI diri



ღ✿ღ Jangan bersedih jika dirimu selalu JATUH. Tapi berdukalah kerana dikau tidak mahu BANGKIT
 kembali




ღ✿ღ Jangan bersedih kerana perjalanan hidupmu penuh PAHIT GETIR. Tapi berdukalah kerana dikau tak
 pernah sekalipun belajar dari PENGALAMAN

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Thursday, November 24, 2011

Allah itu Maha Penyayang

salam...

satu soklan !!!
pernah x korunk rase diri korunk useless sgt???

well...aku tengah alaminya...
aku rase mcm dunia ni da tade makne kat aku...
nothin'...
da tade function pown aku kat sini...
maybe mati lebih baek...
astagfirullah....

yupp...itu adalah kate - kate seorang yg LOSER...
yg da putus harapan terhadap Allah..
aku x nk jd mcm tu..

byk mende yg aku nk luahkn...tp aku x mampu...
hanya air mata je saksi semua tuu...

kenapa??? 
di saat aku memohon kekuatan kepada Allah...
di saat aku meminta ketabahan ...kecekalan...
musibah dan kesakitan yg aku dapat...
kalo 1 aku masih mampu berdiri...
tapi.....

lame aku berfikir kenapa???
Allah da x sygkn aku ke????

then.. aku da dpt jwpn...
jawapan yg sgt munasabah kenapa sume ni berlaku....

Allah sgt rindukan aku....sgt sayangkan aku..
malah sgt cintakan aku...
mungkin aku da terlalu jauh dgn die...
die berikan aku musibah kerana die mahu aku dekat dgn die...
kerana itulah lumrah manusia....

biler aku meminta kekuatan...ketabahan...kecekalan...
die beri musibah
kerana
die mahu aku belajar mencari kekuatan untuk menghadapi musibah itu...


sungguh...aku merasakan aku x mampu hadapi sume ni...
tapi Allah itu adil...
die mahu uji iman aku...
dulu sebut pasal mati....aku sgt takut....


tapi...semlm...
aku betol2 reda sekira nya aku akn mati....
mcm2 aku fikirkn....
tanggungjawab...dosa-dosa.....mak ayah...adik2...
semua perkara yg aku telah buat...yang sedang buat dan yg aku mahu buat....


betul larh org kate...
biler kite da pasrah dan reda ....
Allah akn tlg kite...
die juz nk uji sejauh mane kite akan berserah pada nya...
beriman pada Nya
jalan-jalan yg aku nmpak kelam die sinari dgn cahaya nya...
Alhamdulillah....subhanallah....
Engkau telah membuka hatiku Ya Allah....


terima kasih kerana memberi peluang padaku...
akan ku hargai kehidupanku...



"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"


رَبِّ لا تَذَرْنى فَرْداً وَأَنْتَ خيْرُ الوارِثينَ

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik”
(QS. Al-Anbiya’ [21]: 89.)



~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Sunday, November 20, 2011

Kisah Itik dan Kura-Kura


Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Wednesday, November 16, 2011

EaSy vs DiFfiCuLt

Easy is to get a place in someone's contact list.
Difficult is to get a place in someone's heart.



Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes.



Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue.



Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound.



Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness
.



Easy is to set rules
Difficult is to follow them.



Easy is to dream every night
Difficult is to fight for a dream.



Easy is to show victory
Difficult is to assume defeat with dignity.



Easy is to admire a full moon
Difficult to see the other side.



Easy is to stumble with a stone
Difficult is to get up.



Easy is to enjoy life every day
Difficult to give its real value.



Easy is to promise something to someone
Difficult is to fulfill that promise.



Easy is to say we love
Difficult is to show it every day.



Easy is to criticize others
Difficult is to improve oneself.



Easy is to make mistakes
Difficult is to learn from them.



Easy is to weep for a lost love
Difficult is to take care of it so not to lose it.



Easy is to think about improving
Difficult is to stop thinking it and put it into action.



Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt.



Easy is to receive
Difficult is to give.



Easy is keep the friendship with words
Difficult is to keep it with meanings.



Easy to read this
Difficult to follow.

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Friday, November 11, 2011

bila aku meminta......

~ Jangan Mencintai Seseorang Setinggi LANGIT Kerana Langit Boleh Runtuh..




~ Jangan Mencintai Seseorang Sedalam LAUTAN Kerana Lautan Boleh Surut..



~ Jangan Mencintai Seseorang Sebesar DUNIA Kerana Dunia Boleh Hancur…



~ Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung KUKU,



~ Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh… ^_^



Bila aku meminta KEKUATAN,

Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.





Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,

Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.






Bila aku meminta KEKAYAAN,

Allah memberi aku AKAL agar aku bekerja.





Bila aku meminta KEBERANIAN,

Allah memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.






Bila aku meminta CINTA,

Allah memberi aku ANAK-ANAK TERBIAR untuk aku bantu.






Bila aku meminta KURNIA,

Allah memberi aku KESEMPATAN.







Dalam semua hal itu...

aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,
Tetapi AKU MENERIMA apa yang AKU PERLUKAN.

Ternyata doaku telah dikabulkan-NYA





~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH