Friday, August 26, 2011

ApAkAh ErTi SeBuAh KeMeRdEkAaN???

salam....
sempena bulan kemerdekaan ni...
byk citer berkaitan kepahlawanan ditayangkan....
aku sgt suke sebab dri situ semangat patriotik ley dipupuk...
one of crite yg sgt menarik....
adalah
PLATUN HARIMAU...



nape???
sebab...
ia ade kaitan sikit ngan idop aku...
lagipown byk yg aku ley blaja dri crite tu...
and disebabkan cerite tu jugak...
aku berminat nk tulih pasal kemerdekaan...
( org len sibuk pasal nak raya )
hehe

ok...
tinggal beberapa hari lagi kita akan tiba ke detik-detik bersejarah yang telah mengubah kehidupan kita yang berada di tanahair ini kepada kehidupan yang kita kecapi sekarang.
 Detik bersejarah yang berlaku 54 tahun dahulu ini merupakan perkara yang sangat penting dalam rentetan sejarah tanahair kita. 
Namun begitu, berapa ramai yang menghargai kemerdekaan yang dikecapi?


trust me...x ramai yg menghayatinya....
ye la...sume sibuk dok pikir pasal raya...
baju raya...
kuih raya...
( kalo aku x diingatkn...mesti aku pown same agaknye )

bagi kebanyakan golongan belia dan muda-mudi...
kebanyakan taw...
hari kemerdekaan ni nothing...
sesetengah menganggap ia sebagai satu ari cuti yg bez...
ley tgk konsert...
pertunjukan bunga api...
perarakan...
ape-ape je la...

yg lagi sadis...
adoiii...
ade yg abiskan detik2 bermakna bagi negara kite ni dengan arak....
celebrate kat pub...
astagfirullah...
nauzubillah...

sgt-sgt mengecewakan...
( aku cakap mcm da tua sgt ...hahahha )

ni sedikit petikan dari artikel  MeRdEkAkAh KiTe???

Saban hari begitu ramai yang menjadi peminat fanatik kepada artis, penyanyi, pelakon, pemuzik, ahli politik, parti politik, kumpulan bola sepak dan banyak lagi. Begitu mudah untuk kita mengikut perasaan dalam mengikuti benda yang kita minati. Kepada penyokong pihak A sanggup bertegang urat semata-mata ingin memerangi penyokong pihak B, dan begitu jugalah sebaliknya. Kemanakah hala tujuan kita dengan mengikut emosi semata-mata? dan malangnya, ramai yang di dalam kalangan in adalah berbangsa melayu, bangsa saya sendiri.

kadang-kadang terlintas kat fikiran aku....
ape akan jadi kalo tetibe je perang???
tetibe je jd kacau bilau???



kalo zaman dulu...
masyarakat2 dulu sangat bersemangat...
semangat cintakan tanah air mereka...
anak-anak mereka disuntik dengan semangat juang dari kecil lagi...

ayat yg slalu aku dgr dalam filem..
terutama dialog ayah ngan anak lelakinya...
" ayah nak biler ko da besar..jadi askar...pertahankan negara kita"

anak perempuan??
ok...aku main2 je..
hehehe...

tapi..pernah x terlintas kat fikiran korunk??
hati korunk???

mengenai pengorbanan pejuang2 tanah air kita??
kalo x blaja sejarah...confirm2 x nak amek taw kan?? kn???
bukan sume yg amek berat hal ni...
kalo betol la sume amek berat...
so...mamat rempit ke...minah ke...mat ganja ke...mesti la tade...
( ta nak citer pasal dorunk )



ok...ade satu rancangan dokumentari ,
 tajuk rancangan tersebut Malaysia’s Very Able Troopers (VAT 69)
, yang mengisahkan perjuangan pasukan komando dalam membanteras kegiatan komunis di negara ini.
Walaupun selepas merdeka
mereka tetap berjuang demi keselamatan negara,
 latihan demi latihan yang lasak dilalui selama 3 bulan di atas bukit yang penuh dengan hutan belantara itu pasti memeritkan.
 Sehinggakan, untuk mendapatkan bekalan air, perlu berjalan turun ke bukit selama 45 minit,
 sesuatu yang pastinya sukar untuk aku lakukan dalam keadaan sekarang ini.
 Mendengar kisah tersebut diceritakan kembali oleh ahli-ahli pasukan VAT 69 ini sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada diri aku.
 Adakah kita pernah mengambil tahu kegiatan seperti ini?
 Mereka bekorban masa, tenaga dan nyawa untuk memastikan keselamatan kita seharian.
 Sememangnya masih ramai yang bertugas untuk menjaga sempadan dan sebagainya, 
dan kebiasaannya aku mendengar jawapan
 “Itu memang dah menjadi tugas mereka, siapa yang suruh jadi tentera?”
. Begitu mudah kita menidakkan jasa mereka ini.
( wargh...aku rase nak bagi side kick je kat sape yg ckp camtu )

Semoga kita lebih menghayati hari kemederkaan ini,
 bagi aku sambutan atau perarakan itu tidak penting
, mengibarkan bendera Malaysia semata-mata tidak cukup,
 kita perlu lebih memahami erti kemerdekaan yang tercapai.
 Pelajari sejarah, dan ingatinya, semoga sejarah itu tidak berulang.



sempena bulan ramadhan...bulan yg mulia ini...
seeloknye kita tmbah dalam doa kite sume...
supaya Allah sentiasa memberi keamanan dan kesejahteraan kepada negara kita...
tidak lupe juge...
supaya Allah sentiasa memberi perlindungan kepada mereka yg bertugas menjaga sempadan negara kita..
amin....

al-fatihah untuk mereka yg terkorban mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara kite..
MALAYSIA



p/s : semoga aku berjaya jd mcm dalam gamba kat ats ni.. :)




~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Friday, August 19, 2011

SeNyUm =)



Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, 
senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, 
senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, 
senyum juga pemanis wajah,
senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.





Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, 
senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul.
Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.



Senyum biarlah pada tempatnya.



Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, 
senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.

Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas,
 orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman,
 senyumannya kelihatan manis dan indah.


Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman
senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.


Senyumlah selalu bila bertemu kawan, 
senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri,
rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.

Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, 
bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli.


Apakah pandangan anda ???.


Senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala
. Maka senyum pun dapat pahala. Betui tak?

Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Masalahnya satu:


Penerima senyuman harus berfikiran terbuka.
 Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman!
 Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe.



Kita kena belajar dari peminta sedekah.
 Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". 
Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala.
 Kita sebagai penerima senyuman yang mendorong pemberian pahala (oleh Tuhan) kepada pemberi senyuman pun secara otomatik menerima pahala. 
Cuba fikirkan bersama. insya Allah.



Sebenarnya nak dapat ganjaran pahala itu mudah. Nak cari dosa itu yang susah.


Ukirlah senyuman yang paling manis.....
kerana selain sedekah.... 
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....
ia tidak menyakitkan ....
.tetapi menjadi penawar hati yang sakit





~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Thursday, August 18, 2011

CaNtiK ItU SuBjEkTiF...

Ape maksud cantik bagi korunk?

 Cantik pada mata yang hitam menggoda?


Pada hidung yang mancung?
pada body yg "hot"?
 Pada pakaian yang dipakai? 
Pada, pada, pada...dan banyak lagi pada yang fizikal.

sometimes..x semua mende fizikal cantik di mata kita ...
definisi cantik sgtlah meluas...



cantik...
pada budi bahasa, 
pada kata-kata yang dituturkan,
 pada akhlak yang menghias,
 pada ketegasan yang terpamer, 
pada, pada, pada...dan banyak lagi pada yang dalaman..

" INNER BEAUTY " 

. "A person can be beautiful on the outside, but true beauty comes from the inside."



ramai kalangan kita yang rasa diri kurang sempurna,
 rasa diri kurang menarik,
 kurang menjadi perhatian,
 rasa diri tidak menawan. 
Kerana kurang cantik dari dia dan dia, kurang kacak dari dia dan dia... Rasa semuanya kurang!!!



Sedangkan.....semuanya sudah cukup indah!

Ya, Allah jadikan semua orang indah-indah!
 Kerana Dia Yang Maha Indah, suka pada yang indah-indah, dan indah yang bagaimana bagi setiap insan adalah berbeza, maka bersyukurlah!
 Usah dirisaukan pada cantik rupa dan kacak muka, 
tapi tingkatkan iman dalam diri! 
Itu yang lebih utama dari semuanya!
   Allah tak tunggu masa untuk tarik balik nikmat yang Dia dah bagi! 
Cantik? Sampai masanya akan hilang...



" beauty will fade away as u grow "

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya.
 Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

Cantik itu relatif dan sangat subjektif.
 Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” 



"TRUE beauty is within the heart of the beholder."



~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Wednesday, August 17, 2011

A WaLk In MoUnTaInS

 a son and his father were walking in the mountains



suddenly, his son falls , hurts himself and screams : " arghhh !!!!!"

to his suprise, he hears the voice repeating, somewhere in the mountain : " arghhh !!!!!! "



curious , he yells : " who are you ??? "

he received the answer : " who are you?? "

angerad at the response, he screams : " coward !!!! "

he received the answer : " coward ! "

he look to his father and asks : " what is going on? "

the father smile and says : "my son , pay attention "

and then he screams to the mountain : " i admire you "

the voice answer " i admire you :

again the man scream : " you are a champion "

the voices answer : " you are a champion "



the boy is suprised but does not understand..

then the father explains: " people call this ECHO...but really this is LIFE

it gives you back everything you say or do

our life is simply a reflection of our actions

if you want more love in the world , create more love in your heart

if you want more competence in your team , improve your competence

this relationship applies to everything , in all aspects of life

life will give you back everything you have given to it "



your life is not a coincidence. it's a reflection of you ! 





~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Tuesday, August 16, 2011

NeVeR StOp !!!


Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.



Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita.

Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.

Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.

Jangan berhenti berjuang!!!!!



Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
Tiada kemanisan tanpa kesakitan.



Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!



Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!



Lebih baik kamu memiliki banyak rencana yang belum terlaksana,
daripada tidak mempunyai rencana sama sekali;
Lebih baik kamu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kesulitan,
daripada berdoa dijauhi kesulitan;
Kerana doa memberikan kekuatan pada yang lemah,
membuatkan yang tidak percaya menjadi percaya,
dan memberikan keberanian pada yang ketakutan.



Di fikiranmu ada tujuan yang jelas,
Di hatimu ada tekad dan semangat membara,
Di belakangmu ada dorongan orang tersayang,
Di sampingmu ada rakan-rakan yang mendukung,
Di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas.



perjuangan hidup ibarat kereta...
kalau tade halangan, kite laju...
kalo ade "speed trap" kita slow ckit...
kalo " traffic light kaler merah, kite berhenti...
tape enjin jangan sesekali mati...
kerana
PERJUANGAN kite masih jao...

andai perjuangan ini mudah...
pasti ramai menyertainya..
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan...
pasti ramai tertarik padanya...
tetapi hakikat sebuah perjuangan bukan sebegitu indah...
turun naiknya...sakit pedihnya...
umpama kemanisan yang tidak terhingga...
andai rebah...bangkitlah semula...
andai terluka...ingatlah janjinya...

Jangan berhenti berjuang!!!!!
Anda pasti menemui kejayaan!!!!!



~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH