Thursday, April 26, 2012

layakkah aku menjadi bidadari syurga?


Bismillahirahmanirahim..

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." 
(Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)


Tuhan..
aku manusia..
hambaMu yang telah Kau takdir lahir ke dunia..
untuk diuji iman dan takwa..
aku rebah menangis hiba..
menghitung masa lalu yang telah terlalu banyak dipersia-sia..
sehingga..aku pernah tewas pada enak buai dunia..
tangisku tewas memadam jahiliah yang menusuk jiwa..
sayang untuk berkorban rasa yang bukan apa-apa..
sedangkan Engkau sebenarnya yang Maha Memiliki segala..
walau memang pada hakikat, segalanya Engkau yang punya..

Tuhan..
aku manusia..
yang terlalu mudah mengalah pada takdir dunia..
hati ini, Engkau datangkan rasa sedih dan kecewa.. 
sedangkan aku tahu, Engkau sedang mengajarkan aku erti bahagia..
 bahagia yang sebenar-benarnya..
 dan, itu nikmat yang patut aku syukuri tanpa noktahnya..
 aku, yang telah Engkau pilih dalam keramaian manusia..

Tuhan..
aku manusia..
yang mula merasa kecewa itu ada hikmahnya..
kasih ini telah Engkau sambung semula..
kasih seindah-indah yang tidak pernah ada bandingnya..
kasih antara seorang hamba dengan Pencipta.. 
walau aku terpaksa menggadaikan dunia..
aku sanggup demi sebuah redha..

inshaAllah.


belajar untuk menjadi bidadari dunia. yang dipandang tinggi oleh Pencipta.
yang indahnya bukan lagi pada rupa.
yang indahnya bukan lagi dinilai pada mata manusia.
tetapi yang indahnya dikata indah pada Pencipta.
indah pada hati, indah pada iman, indah yang kekal abadi selamanya.. 

Mahu menjadi seorang wanita solehah.

Mahu menjadi qudwah hasanah.

Mahu menjadi daie yang merubah.

Mahu menjadi bidadari syurga firdaus.

Amin Ya Rabb.



ukhti, mari kita jadi bidadari dunia.. 
agar nanti, kita dapat menjadi bidadari syurga..
bidadari itu, yang tinggi nilai harganya..
yang tidak mudah untuk dipersia-siakan oleh mereka..
dan hanya yang layak dapat memilikinya..

:')

"dalam doa, dia menitip kata, agar nanti, dia akan dipertemukan, 
dengan seseorang yang dapat menjadikan dia bidadari dunia dan syurga.."
ameen~

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Monday, April 2, 2012

cinta dalam diam itu lebih indah


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan


Jika benar cinta itu kerana ALLAH 
maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
 kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
 maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata 
maka bersabarlah,
 berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
  Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu
  Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali 
 Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah,
 menolak kerana Allah, 
mencintai kerana Allah,
membenci kerana Allah & 
menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”  

♥ ~CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.
bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..

♥~CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG..
 ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

♥~CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT..
 manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..
~CINTA kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI..
 rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..



~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

..: cInTa LuAr BiAsA :..

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Aku belajar... 
bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain untuk mencintaiku. 
Aku hanya dapat melakukan 
sesuatu untuk orang yang aku cintai...


Aku belajar... 
bahwa perlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan, 
dan beberapa detik saja untuk menghancurkannya...


Aku belajar... 
bahawa orang yang aku sangka jahat, 
adalah orang yang membangkitkan semangat hidupku serta begitu prihatin...


Aku belajar... 
bahawa sahabat terbaikku dapat melakukan banyak hal 
dan kami selalu memiliki waktu yang terbaik....



Aku belajar... 
bahawa sahabat sejati sentiasa berkembang walau dipisahkan jarak dan waktu, 
dan beberapa di antaranya melahirkan cinta sejati...

Aku belajar... 
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan 
bukan bererti dia tidak mencintaiku...

Aku belajar... 
bahawa sebaik-baik pasangan mereka pasti pernah melukai perasaannya, 
dan untuk itu kita harus memaafkan...

Aku belajar...
 bahawa aku harus mengampuni diri sendiri dan orang lain, 
jika tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Aku belajar... 
bahawa tidak menjadi masalah seberapa buruknya patah hati itu 
kerana dunia tidak akan berhenti hanya kerana kesedihanku...

Aku belajar... 
bahawa aku tidak dapat megubah seorang yang aku sayangi 
melainkan bergantung kepada diri mereka sendiri...

Aku belajar... 
bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadiku,
 tetapi aku harus bertanggungjawab untuk setiap apa yang aku lakukan...

Aku belajar... 
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda sama, 
tetapi kadang-kadang dari sudut pandang yang berbeza...

Aku belajar... 
bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki 
tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya...

Aku belajar... 
bahawa tidak ada yang segera atau serba cepat di dunia ini, 
semua perlukan proses dan pertumbuhan, kecuali aku ingin sakit hati...

Aku belajar... 
bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi, 
atau sikap dan emosi itu yang menguasaiku...

Aku belajar... 
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan 
adalah saat perpisahan dengan orang yang aku cintai...

Aku belajar...
 bahawa orang yang sangat aku cintai dan kasihi 
justru sering diambil dahulu dari pada kehidupanku... 

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH