Wednesday, February 22, 2012

BILA GURU MENTAFSIR CINTA.. ^__^


GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya 
(tentulah sidia)


 GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya


GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya


GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar


GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana
 hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia 
untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa
 (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)


GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan


GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. 
Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.


GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….
kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya


Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…
bertemu berpisah semua kerna Allah…..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…
cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D'UTAMA

#JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA..............
ingat ye kwn2...=) 


~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Friday, February 17, 2012

.: PiNtAkU PaDaMu :.

Allahu Rabbi 
pintaku pada-Mu
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau



Allahu Rabbi
Pintaku pada-Mu
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh



Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu
Dan membuatku semakin mangagumi-Mu



Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu



Allahu Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerakanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu…



Amiin

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

..: tEnSiOn!!! :..

Kenapa aku?
Kerana ia ketentuan Tuhan


Kenapa aku?
Kerana aku masih diberi pengharapan rupanya..

Kenapa aku?
Kerana aku masih disayangi rupanya…

Kenapa aku?
Dan Allah tidak memberi sesuatu melainkan kesanggupannya



Oh…begitu rupa nyer…

Hmm tapi…kenapa aku?

Wahai aku…
kau mujahidah muda..

Wahai aku..
Kau seorang hamba..

Hmm sedih lagi..?

Boleh jadi apa yang kau sukai adalah tidak sesuai bagi kamu dan Allah lebih mengetahui apakah yang terbaik buatmu

Aku..aku…
Apakah kamu mengira kamu akan dilepaskan begitu sahaja sedang kamu belum diuji?

Bangunlah aku..kerana…
Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Allah

Bangkitlah aku
Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang…



Dan…semoga kesabaran menghadapi ujian ini… 
diampuni dosa yang menimbun…

Dan…wahai aku.. harga syurga itu mahal…

Wah!…. bangkitlah aku ..
wahai wanita muda
Wah.!..bangkitlah aku..

Be strong…yeah!


~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Wednesday, February 15, 2012

JiKa Kau.....

jika kau bakal menjadi seorang doktor
maka rawatlah hati insan
yang kian terpesong jauh dari agama tercinta


jika kau bakal menjadi seorang arkitek
maka lakarlah sinar islam
yang mampu menyinari kehidupan setiap muslim



jika kau bakal menjadi seorang jurutera
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh 
antara umat islam itu



jika kau bakal menjadi seorang peguam
maka pertahankanlah islam 
di mata dunia



jika kau bakal menjadi seorang juruterbang
maka pandulah manusia untuk kembali
 ke jalan yang diredhai-Nya



jika kau bakal menjadi seorang polis
maka awasilah umat islam 
daripada terusmemungkiri Allah swt yang maha pencipta



jika kau bakal menjadi seorang pensyarah
maka didiklah anak bangsa
 untuk menjadi muslim yang berjaya



jika kau bakal menjadi akauntan
maka sedarkanlah manusia 
bahawa pahala Allah itu lebih mewah dari segala-galanya



jika kau bakal menjadi seorang guru
maka bentukkanlah acuan sempurna 
dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi golongan di atas....



~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

Tuesday, February 14, 2012

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita

Ya Allah ambillah kesombongan dan keangkuhan dariku
Allah berkata, “Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya.”






Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat
Allah berkata, “Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara.






Ya Allah beri aku kesabaran
Allah berkata, “Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan,
kau harus meraihnya sendiri.”






Ya Allah beri aku kebahagiaan
Allah berkata, “Tidak. Ku beri keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu.”






Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan
Allah berkata, “Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkan mu pada Ku.”






Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat
Allah berkata, “Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal.”






Kadang kala ada yang berfikir bahwa Allah tidak adil, telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-siang-malam, tapi tak ada hasilnya.
Adil kah untuk aku?


Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan perpisahan, orang lain dengan mudah berganti pasangan.
Adil kah untuk aku?


Kita menginginkan harta yang serba mewah, tapi masalah hutang yang masih menimpa.
Adil kah untuk aku?


Segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Karena Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu.

~KaLo SuKe..SiLaLaH CoMmEnT ^-^ ~

CoPyRiGhT @ SeGaLa YaNg TeRcAtAt AdAlAh MiLiK AiN FaRaHaH